Selamat Datang ke blog rasmi saya, Shahidatul Nadhirah atau lebih comel dengan panggilan Cidot. Selamat berkunjung ye ^.^


Tugasan Makmal Pertama

Tajuk : Proses Pendaftaran Akaun Bank CIMB dan Akaun CIMB CLICKS
Tarikh : 9 September 2014
Seksyen : 3
Pensyarah : Profesor Madya Miswan Bin Surip


                                        Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Untuk memulakan perbankan internet dalam sesebuah bank, seseorang itu harus memiliki sekurang-kurangnya satu akaun di bank tersebut. Di sini, saya memilih untuk membuka akaun CIMB. Oleh itu, saya akan menunjukkan beberapa prosedur serta langkah untuk membuka akaun bank CIMB sebelum meneruskan ke perbankan internet CIMB atau lebih dikenali sebagai CIMB Clicks. Saya telah memilih prosedur membuka akaun yang terdapat di salah satu cawangan bank CIMB iaitu di CIMB Parit Raja. 





LANGKAH 1 :

Prosedur Membuka Akaun Bank

Bahagian 1 - Kaunter Pertanyaan

1)  Pemohon menyatakn berkenaan pembukaan akaun di kaunter pertanyaan.
2)  Pemohon akan di minta untuk memberikan kad pengenalan dan membuat pengesahan        cap jari.
3)  Selepas pengesahan kad pengenalan, pemohon akan mendapat maklumat Mykad                pemohon dan mengambil nombor giliran untuk ke kaunter perkhidmatan.

Bahagian 2 - Kaunter Perkhidmatan

1) Setelah tiba giliran pemohon, pemohon akan menuju ke kaunter perkhidmatan untuk membuat pengesahan maklumat pemohon.
2) Terdapat beberapa borang yang perlu ditandatangan pemohon antaranya ialah borang pengakuan, borang terma dan syarat, dab lain-lain.
3) Pemohon akan menunggu pengesahan daripada pihak atasan sebelum diberikan nombor akaun bank.
4) Setelah menerima nombor akaun, pemohon perlu menuju ke mesin deposit tunai untuk mendepositkan RM 250 untuk dijadikan sebagai simpanan di dalam bank tersebut.


Bahagian 3 - Meja Penerimaaan Kad ATM

1) Kemudian nama pemohon akan dipanggiluntuk penerimaan kad ATM.
2) Di meja tersebut, pemohon akan menandatangani kawasan sebelah belakang kad ATM tersebut.
3) Selesai menandatangani kad tersebut, pemohon akan menerima satu siri nombor keselamatan.
4) Jikalau pemohon berhasrat untuk menukar nombor keselamatan tersebut, pemohon boleh menukar nombor keselamatan dgn nombor pin yang baru.





                                                                 Langkah 2

                                          Prosedur Membuat Perbankan Internet 

Bahagian 1 - Membuat e-pin

1) Pemohon akan memerlukan e-pin sebelum dapat mendaftar untuk perbankan internet. Oleh itu, pemohon perlu ke mesin ATM untuk membuat e-pin.
2) Di mesin ATM, pemohon perlu mengikut laluan berikut pada mesin ATM :
(Lain-lain >CIMB Clicks>CIMB Clicks e-pin)
3) Kemudian , pemohon akan diminta untuk memasukkan nombor e-pin yang dikehendaki.
(PERHATIAN : Nombor e-pin tidak boleh sama dengan nombor pin ATM)
4) Setelah memasukkan nombor e-pin dan mengesahkannya, pemohon perlu memasukkan nombor telefon pemohon untuk penerimaan alamat sesawang dan memuat turun Perbankan Mudah Alih CIMB Clicks.


Bahagian 2 - Membuat Akaun Perbankan Internet

1) Pemohon perlu pergi ke laman sesawang CIMB Clicks iaitu :
    "https://www.cimbclicks.com.my/"
2) Pemohon perlu daftar Perbankan Internet CIMB Clicks untuk membuat akaun Perbankan Internet iaitu :
"http://www.cimbclicks.com.my/wps/portal/Registration".
3) Pemohon perlu membuat ID, kata laluan dan 'secure word' pemohon, dan juga mengisikan ruang 'enter your introducer's details'.
4) Setelah membaca dan menerima Terma & Syarat perbankan internet, pemohon hanya perlu klik pada butang "submit" untuk menghantar maklumat pemohon atau klik pada butang 'clear' untuk mengosongkan kawasan ruang maklumat yang telah diisi.







Dengan ini tamatlah prosedur serta langkah-langkah membuka akaun perbankan internet di CIMB. Pemohon boleh mengedit dan memperbaharui maklumat pemohon di laman sesawang CIMB Clicks. Terdapat pelbagai servis yang disediakan oleh CIMB yang boleh digunakan oleh pengguna - pengguna CIMB Clicks seperti pemindahan wang simpanan, pembayaran bil, dan juga kad tambah nilai prabayar. Kemudahan ini telah banyak memberi manfaat kepada pengguna akaun CIMB Clicks pada masa kini dan pada masa akan datang. 




1 comment: